Kata pengantar
Tiada
kata yang paling indah dalam memuqaddimahi
makalah ini selain kata SYUKUR atas segala rahmat dan ma’unah yang
diberikan Allah SWT. Sehingga dengan rahmat dan kasih saying-NYA, tugas mata
kuliah ilmu tauhid dapat
terselesaikan tanpa suatu aral.
Dalam
penulisan makalah ini, banyak terdapat kekurangan dan kejanggalan. Namun namun
bahagian-bahagian mana kejanggalan itu, pembacalah. Tegasnya ustadlah yang
lebih mengetahui. Sebab seperti kata pepatah: “ kuman di seberang lautan
Nampak, gajah dikelopak mata tidak Nampak”
Lebih
tidak mustahil lagi, karena penulis makalah ini adalah penulis yang serba dhaif
yang tidak luput dari khilaf. Untuk itu, tegus sapa serta control dari pembaca
penulis sangat harapkan, demi menjaga
dari keberlarutan kesalahan yang justru akan membawa kepada kesalahan orang
lain.
Akhirnya
semoga tugas makalah ini bermanfaat bagi kita semua, khusunya bagi penulis
sendiri dalam rangka menambah pengetahuan kita tentang “ iman kepada allah, dalil aqli dan
nakli”
Penulis
Daftar isi
Kata pengantar………………………………………………………………
Daftar isi…………………………………………………………………….
Bab I Pendahuluan
a.
Latar belakang……………………………………………………
b.
Rumusan
masalah……………………………………………….
c.
Tujuan dan
manfaat……………………………………………….
Bab II pembahasan
a.
Pengertian
iman kepada Allah……………………………………
b.
Dalil aqli…………………………………………………………
c.
Dalil
naqli…………………………………………………………
Bab III penutup
a.
Kesimpulan
b.
Saran
Daftar pustaka
BAB I
PENDAHULUAN
a. Latar
belakang
Sebagai
mahluk ciptaan yang maha kuasa kita senantiasa mengamalkan apa yang
Menjadi
tujuan hidup di muka bumi ini sehingga dapat menjalankan kewajiban yang
diembankan kepada kita. Salah satunya yaitu beriman kepada Allah
b. Rumusan
masalah
Adapun
yang menjadi permasalahan dalam makalah ini yaitu “Apa yang dimaksud dengan iman kepada Allah tentang dalil aqli dan naqli”
c. Tujuan
dan manfaat
v
Tujuan.
Sebagaimana
rumusan masalah diatas maka dalam makalah ini dapat bertujuan sebagai berikut:
“ untuk mempelajari tentang iman kepada Allah tentang
dalil aqli dan naqli”
v
Manfaat.
Adapun manfaatnya yaitu:
1.
Kita dapat
mengetahui cara kita beriman kepada Allah.
2.
Dapat membedakan
antara dalil aqli dan naqli.
3.
Dapat
memperdalam atau menambah pengetahuan kita tentang iman kepada Allah.
BAB II
PEMBAHASAN
a. Pengertian iman kepada Allah
b. Dalil Aqli
Mengikut
dalil aqli atau dalil yang bersumber kepada akal fikiran, kalaulah salah satu
daripada sifat-sifat yang disebut kan tadi iaitu Qudrah Iradah, Ilmu dan Hayat,
tidak ada pada ALLAH SWT, niscaya sesuatu daripada alam ini tidak akan ada.
Dengan lain-lain perkataan, kalaulah
salah satu daripada sifat-sifat tadi tidak ada pada ALLAH SWT, niscaya tidak
akan ada manusia, alam jin, alam haiwan, alam tumbuhan maupun Alam Malakut,
alam syahadah dan lain-lainnya. Kerana, salah satu saja daripada sifat-sifat
tadi tidak ada pada ALLAH SWT, ia menunjukkan yang ALLAH SWT lemah. Kalau ALLAH lemah, sudah
tentulah alam ini tidak ada.
Padahal alam ini sudah ada dan dapat
pula kita lihat dengan mata kita sendiri. Bahkan diri kita ini sendiri adalah
sebahagian daripada alam. Itu menunjukkan ALLAH tidak lemah. Dan kalau ALLAH
tidak lemah, ini membuktikan bahwa ALLAH memiliki sifat-sifat tadi iaitu sifat
Qudrah, sifat Iradah, sifat Ilmu dan sifat Hayat. Dengan itu juga, jadi
mustahillah kalau ada orang mengatakan bahawa ALLAH, tidak memiliki sifat
Qudrah, sifat Iradah, sifat Ilmu dan sifat Hayat.
Di sini kita telah membawakan dalil
secara akal yang, menunjukkan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat dengan
sifat-sifat yang telah kita sebutkan tadi. Iaitu, adanya alam ini termasuklah
diri kita ini sendiri, menjadi bukti bahawa ALLAH SWT memiliki keempat-empat
sifat tadi. Mengapakah keempat-empat sifat itu kita bahaskan secara aqli,
sekaligus? Ini adalah kerana, "bersatu lazim atas nafinya".' Ertinya,
dengan tidak adanya mana-mana satu daripada sifat sifat yang empat itu, ia
membawa kepada lemahnya ALLAH SWT, seperti yang telah kita terangkan tadi.
Jadi, dalilnya satu saja, atau dengan
kata lain, terhimpun keempat-empat sifat itu dengan satu dalil saja, iaitu
lemahnya ALLAH SWT. Sedangkan ALLAH tidak lemah kerana buktinya, alam ini sudah
ada.
Di samping itu, kalau kita hendak
perpanjangkan sedikit perbahasan ini, marilah kita ambil satu contoh iaitu kita
ambil salah satu daripada sifat-sifat tadi.
1. Dalil
Aqli Sifat Qudrah
Katalah kita ambil sifat Qudrah bagi
ALLAH SWT. Kala ada orang mengatakan ALLAH tidak wajib bersifat Qudrah, maka
jadilah ALLAH itu bersifat lawannya yaitu lemah. Dan kalaulah ALLAH bersifat
lemah, sudah tentulah sesuatu dari pada alam ini tidak akan ada. Tentulah tidak
akan ada langit, bumi, bintang, bulan, matahari dan lain-laimrya. Dan sembarang
alam juga tidak akan ada sama ada alam haiwan, alarn insan, alam jin, Alam
Malakut dan lain-lainnya. Padahal semua alam ini sudah dapat kita lihat dan ada
di depan mata kita sendiri. Maka ini membuktikan bahawa ALLAH tidak bersifat
lemah. Dan wajiblah ALLAH bersifat Qudrah.
Daripada dalil aqli ini, jelaslah
membuktikan kepada kita bahawa tetaplah ALLAH itu bersifat Qudrah, dan kita
pula wajib meyakininya. Jangan sedikit pun kita meragui bahawa ALLAH itu
bersifat Qudrah kerana kalau kita ragu ataupun kalau kita jahil, maka akan
rosaklah aqidah kita. Dan kalau aqidah kita rosak, maka seluruh amal kebajikan
kita sudah menjadi sia-sia. Malah, kalau aqidah kita sudah rosak, ia akan
menjerumuskan kita ke dalam Neraka dan kekal abadi di dalamnya.
2. Dalil
Aqli Sifat Iradah
Kemudian, cuba kita bahaskan tentang
sifat Iradah pula. Iaitu kalaulah ada orang berkata bahawa tidak wajib ALLAH
bersifat Iradah atau menghendaki, maka sudah tentulah ALLAH bersifat dengan
sifat lawannya iaitu benci atau tidak berkehendak. Apabila dikatakan ALLAH
tidak berkehendak, akan ternafi pula Qudrah atau kuasa ALLAH. Dan manakala
ternafi Qudrah ALLAH, bererti bahawa ALLAH bersifat lemah. Sedangkan tadi telah
kita bahaskan bahwa kalau ALLAH lemah, sudah tentu tidak terjadi alam ini.
Sedangkan alam ini sudah pun terjadi dan dapat kita lihat dengan mata kita
sendiri.
Kalau begitu mustahillah ALLAH
bersifat lemah. Dan kalau ALLAH tidak lemah, maka wajiblah ALLAH SWT bersifat
Qudrah dan Iradah.
3. Dalil
Aqli Sifat Ilmu
Seterusnya,
mengenai sifat Ilmu, bagaimanakah dalil aqli yang menunjukkan ALLAH bersifat
Ilmu? Kalau ada orang berkata bahawa tidak wajib ALLAH SWT bersifat ilmu, maka
sudah tentulah ALLAH SWT bersifat dengan sifat lawannya. Tentulah akal kita
akan mengatakan bahawa ALLAH bersifat jahil, atau tidak mengetahui. Dan
kalaulah ALLAH bersifat jahil atau tidak mengetahui, maka dengan sendirinya
akan temafi sifat Qudrah dan Iradah. Sedangkan tadi telah kita bahaskan secara
dalil aqli bahawa wajib ALLAH SWT bersifat Qudrah dan Iradah. Kerana, melalui
sifat Qudrah dan Iradah ALLAH SWT, maka terjadilah alam ini yang mana telah
dapat kita lihat di depan mata kita sendiri. Jadi, kalau ada orang mengatakan
tidak wajib ALLAH bersifat Ilmu, maka akan ternafi pulalah sifat Qudrah dan
Iradah ALLAH SWT. Kerana, kalau ALLAH jahil atau tidak mengetahui, maka tidak
mungkinlah terjadi kehendak-Nya.
Contohnya boleh kita ibaratkan kepada
diri kita. Katalah kita jahil tentang sesuatu perkara. Maka, kalau perkara itu
hendak kita laksanakan, sudah tentulah ia tidak terjadi kerana kita tidak ada
pengetahuan dalam perkara itu. Umpamanya kita hendak membawa kereta tetapi
tidak ada ilmu pengetahuan dalam membawa kereta. Sudah tentulah tidak terjadi membawa
kereta itu, walaupun kehendak membawa kereta itu ada. Yang demikian, jahilnya
kita di bidang membawa kereta menyebabkan ternafinya Iradah atau kehendak kita.
Begitu jugalah kalau kita ada keinginan
hendak membuat rumah tetapi kita jahil atau tidak ada ilmu bagaimana hendak
membuat rumah. Dengan sendirinya ternafi iradah kita tentang hendakkan rumah.
Begitulah seterusnya dengan perkaraperkara lain pada diri kita. Kalau kita
tidak ada ilmu engetahuan dalam perkara-perkara itu, maka akan temafilah Iradah
kita.
Maknanya,
Iradah atau kehendak dalam satu-satu perkara itu tidak akan terlaksana kalau
tidak ada ilmu atau kalau kita jahil. Dalam kata-kata yang lain, mustahil
satu-satu kehendak atau Iradah itu terlaksana, kalau kita jahil dalam perkara yang
kita berkehendak itu.
Kalau begitu, sekiranya ada orang
mengatakan ALLAH tidak wajib bersifat Ilmu, maka dia telah menafikan sifat
Iradah bagi ALLAH SWT. Kerana kalau ALLAH tidak wajib bersifat Ilmu, sudah
tentulah ALLAH bersifat jahil atau tidak mengetahui. Kalau ALLAH tidak
mengetahui, maka ternafi lah kehendak atau Iradah bagi ALLAH SWT. Sedangkan
semua kehendak ALLAH tentang menjadikan seluruh alam ini sudab terjadi.
Buktinya telah dapat kita lihat dengan mata kita sendiri tentang kejadian alam
ini.
Jadi, tentulah ALLAH tidak jahil
tentang hendak menjadikan seluruh alam ini kerana alam ini sudah pun ALLAH
jadikan. Yang demikian, nyatalah mustahil ALLAH bersifat dengan sifat jahil
atau tidak mengetahui. Yang sebenarnya, wajiblah ALLAH bersifat mengetahui atau
bersifat Ilmu.
4. Dalil
Aqli Sifat Hayat
Kemudian, coba kita bahaskan pula
tentang sifat Hayat bagi ALLAH SWT. Bagaimanakah dapat kita buktikan secara
dalil aqli, bahawa wajib ALLAH SWT bersifat Hayat atau hidup. Bagaimanakah
perbahasan kita kalau ada orang berkata bahawa ALLAH tidak mempunyai sifat
Hayat atau hidup.
Sekiranya ALLAH SWT tidak bersifat
Hayat atau tidak hidup, maka akan ternafilah seluruh sifat yang wajib bagi
ALLAH tadi yaitu sifat Qudrah-Nya, sifat Iradah-Nya dan juga sifat Ilmu-Nya.
Ini adalah kerana, sifat Hayat itu menjadi syarat tentang adanya sifat-sifat
yang lain. Dengan adanya ALLAH SWT bersifat Hayat, barulah ada sifat-sifat yang
lain pada ALLAH SWT termasuklah sifat Qudrah, Iradah dan Ilmu.
Kerana, kalau ALLAH SWT tidak bersifat
dengan sifat Hayat atau hidup, tentulah ALLAH bersifat sebaliknya yaitu maut.
Dan kalaulah ALLAH mati, tentulah tidak ada sifat-sifat ALLAH yang lain.
Contohnya, katalah diri kita ini. Kalau kita tidak hidup atau kalaulah kita
mati, niscaya segala sifat yang ada pada diri kita juga akan mati; penglihatan
kita akan mati, pendengaran kita mati, percakapan kita mati, kehendak kita
mati, kuasa kita juga mati (segala tenaga di badan kita sudah tidak ada lagi),
dan begitulah seterusnya dengan sifat-sifat yang lain.
Jadi, kita lihat betapa kalau kita tidak
ada hayat, maka seluruh sifat yang lain akan temafi. Dengan itu, hayat atau
sifat hidup itu menjadi syarat untuk adanya sifat-sifat yang lain. Kalau begitu,
sekiranya ada orang mengatakan bahawa ALLAH SWT tidak bersifat dengan sifat
Hayat, maka akan ternafi jugalah segala sifat yang lain pada ALLAH SWT termasuk
sifat Qudrah, Iradah dan Ilmu.
Kerana itu wajiblah ALLAH SWT bersifat
dengan sifat Hayat. Mustahillah ALLAH tidak bersifat Hayat kerana yang demikian
akan menjadikan ternafinya sifat-sifat yang lain pada ALLAH SWT termasuklah
sifat Qudrah, Iradah dan Ilmu. Sedangkan, tadi telah kita bahaskan bahawa
adalah mustahil ALLAH SWT tidak bersifat Qudrah, Iradah dan Ilmu. Kerana
kalaulah ALLAH tidak bersifat Qudrah, Iradah dan Ilmu, sudah tentu alam ini
tidak akan terjadi. Sedangkan alam ini sudah terjadi dan ada di depan mata
kita.
Begitulah secara ringkas perbahasan
secara dalil aqli bagi membuktikan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat Qudrah,
Iradah, Ilmu dan Hayat. Sifat-sifat ini wajib kita yakini sungguh- sungguh
tanpa dicelahi oleh sebarang keraguan sama ada keraguan kita itu berbentuk
syak, zan ataupun waham. Malah kita juga tidak boleh jahil tentang sifat-sifat
ini. Kerana, kalau kita ragu atau jahil, akan rosaklah aqidah kita.
Sedangkan sebelum ini telah kita
ulang-ulangkan bahawa aqidah adalah perkara yang menjadi pokok di dalam ajaran
Islam. Ia adalah perkara asas dalam kita membangunkan seluruh amal kebajikan
kita yang lain sama ada sembahyang, puasa, haji, jihad, pengorbanan dan
lain-lainnya. Kalau aqidah kita tidak sah atau sudah rosak, seluruh amal
kebajikan yang kita bangunkan itu sudah tidak ada nilai lagi di sisi ALLAH SWT.
Jadi sia-sialah semuanya itu.
Sebab itulah persoalan aqidah ini
mesti kita fahamkan sungguh-sungguh agar keyakinan kita padu serta kukuh.
Jangan sekali-kali kita goyang. Kalau kita goyang di sudut ini, ertinya kita
menempah tiket untuk kekal abadi di dalam Neraka.
Kerana yang rosak aqidah ini ialah
orang yang kafir dengan ALLAH SWT. Kalau kita mati dalam keadaan rosak aqidah,
berertilah kita mati dalam kekafiran. Sedangkan orangorang yang mati di dalam
kekafiran, mereka kekal abadi selama-lamanya di dalam Neraka.
B. Dalil Naqli
Seterusnya, mari kita perbahaskan
pula dalil-dalil dan buktibukti yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT itu wajib
bersifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat menurut dalil naqli atau dalil-dalil
yang digali daripada Al Quran. Dalil ini adalah dalil yang diwahyukan oleh
ALLAH SWT sendiri atau merupakan pengesahan daripada ALLAH SWT sendiri. Kerana
itu ia merupakan dalil yang lebih tepat daripada dalil akal. Dalil ini sama
sekali tidak boleh kita tolak. Kalau kita tolak bermakna aqidah kita juga akan
rosak. Firman ALLAH:
Yang
haq (benar) itu datang dari Tuhanmu, janganlah kamu termasuk dalam orang yang
ragu. (Ali Imran: 60)
Jadi, daripada dua dalil yang kita
gunakan untuk membuktikan sifat-sifat wajib bagi ALLAH SWT iaitu secara aqli
dan secara naqli, dalil naqli adalah yang paling tepat dan paling benar. Itulah
dalil yang mesti kita terima bulat-bulat.
1. Dalil
Naqli Sifat Qudrah
Dalil naqli yang menunjukkan ALLAH SWT
bersifat Qudrah terkandung di dalam surah Al Waqiah:
Di dalam ayat ini ALLAH menegaskan
dengan kata-kata "Kamilah yang berkuasa..." Dengan itu bertambah
yakinlah kita bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah kerana ALLAH sendiri yang
berkata demikian. Sebelum ini kita hanya membahaskan secara akal saja. Jadi
akal saja yang memberikan pendapat demikian dan akal saja yang menentukan
bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah. Tetapi oleh kerana melalui dalil naqli ini
ALLAH sendiri yang berkata, maka ia lebih tepat lagi.
Jadi ayat 60 dari surah Al Waqiah ini
adalah satu bukti yang kuat dan padu yang menunjukkan ALLAH bersifat dengan
sifat Qudrah. Dalil ini tidak perlu lagi kita bahaskan kerana ia cukup jelas
ditegaskan oleh ALLAH SWT. Kalau akal yang membuat penentuan, mungkin juga boleh
kita bahaskan tetapi kalau ALLAH sendiri yang memberi penegasan melalui ayat Al
Quran, ia tidak perlu lagi kita bahas. Ia wajib kita terima bulat-bulat kerana
kalau kita tolak bererti kita telah jatuh kafir. Kerana menolak walau satu saja
daripada ayat-ayat Al Quran bererti kita menolak semuanya.
2. Dalil
Naqli Sifat Iradah
Dalil yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT
bersifat Iradah pula ialah sebagaimana yang terkandung di dalam surah Yasin:
“Sesungguhnya urusan pentadbiran-Nya,
apabila DIA mengkehendaki berlaku sesuatu, cukup hanyalah dengan DIA berkata
kepadanya, "KUN", maka terjadilah ia”. (Yasin: 82)
Di
dalam ayat yang lain pula, ALLAH berkata:
“Apabila sampai masanya DIA (ALLAH)
melaksanakan sesuatu ketetapan, maka sesungguhnya DIA akan berkata kepadanya,
"KUN" maka terjadilah ia”.
(Ali Imran: 47)
Di dalam Al Quran banyak sekali ayat
yang hujungnya bermaksud, "Jadilah" maka jadilah ia. Ini menegaskan
kepada kita betapa kalau ALLAH mengkehendaki sesuatu itu, cukuplah bagi ALLAH
dengan hanya berkata, "Jadilah", maka perkara itu pun terjadi. Tidak
ada apa lagi yang akan menghalangnya.
Di
dalam Al Quran, ALLAH menceritakan di dalam sepotong firman-Nya:
“DIA-lah (ALLAH) yang menjadikan
(tujuh lapis) langit dan bumi dalam masa enam hari”. (Hud: 7)
Artinya di sini, ALLAH sudah tentukan
hendak menjadikan langit dan bumi dalam masa enam hari. Maka itu, waktu ALLAH
hendak menjadikannya, ALLAH hanya berkata "Jadilah!" dan dalam masa
enam hari, jadilah langit dan bumi ini. Tetapi, sekiranya di azali lagi ALLAH
sudah tentukan untuk menjadikan sekelip mata saja misalnya, maka dalam sekelip
mata itulah terjadinya sesuatu itu.
Maknanya, ALLAH akan jadikan perkara
itu dalam jarak masa yang telah ditentukan-Nya. Oleh itu, hendaklah kita
fahamkan benar-benar mengapa sesuatu itu terjadi dalam masa-masa tertentu
seperti langit dan bumi ini ALLAH jadikan dalam enam hari. Jangan pula kita
berkata yang ALLAH tidak boleh jadikan ia dalam sekelip mata, dalam satu saat,
dalam satu hari dan sebagainya. Bukan ALLAH tidak boleh berbuat demikian,
tetapi memang sudah ALLAH sengaja tentukan untuk dijadikan dalam sekian-sekian
masa.
"Kun" yang ALLAH sebut
apabila menjadikan sesuatu itu, berlakunya ia adalah mengikut apa yang telah
ALLAH tentukan. Ia tepat terjadi sepertimana yang ALLAH tentukan, tidak
tercepat dan tidak pula terlambat, walaupun hanya sesaat. Umpamanya, bila ALLAH
sudah berkata yang langit dan bumi ini hendak dijadikan dalam masa enam hari,
maka dalam masa enam hari itulah langit dan bumi ini terjadi; tidak tercepat
dan tidak juga terlambat.
Begitu sekali kemampuan ALLAH SWT yang
dibuktikan di dalam sifat Iradah ALLAH SWT. Begitu hebat dan begitu berkuasa
sekali ALLAH hendak menjadikan sesuatu itu. Tidak ada suatu apa pun yang boleh
menghalangnya dan tidak pula berlakunya sesuatu itu tercepat atau terkurang
dari masa yang telah ALLAH tetapkan di azali. Kalau ALLAH hendak jadikan dalam
masa sesaat, pun boleh, atau kalau ALLAH hendak jadikan dalam masa sehari dan
sebagainya, pun boleh.
Begitulah umpamanya dalam kejadian
manusia. Memang ALLAH sudah tentukan kejadian manusia ini secara umum berlaku
berperingkat-peringkat. Seperti mula-mula dalam kandungan ibu, kemudian
dilahirkan menjadi seorang bayi dan seterusnya masuk ke alam kanak-kanak hingga
ke umur 15 tahun misalnya. Selepas itu masuk ke alam remaja sehinggalah umur 40
tahun atau 45 tahun. Kemudian dia masuk pula ke alam tua. Jadi, demikian lebih
kurang, ALLAH tentukan bagi kejadian manusia.
Dan oleh kerana memang demikian caranya
yang telah ALLAH tentukan untuk kejadian manusia, maka bila ALLAH kata
"Kun", terjadilah manusia melalui proses yang ALLAH tentukan itu.
Sebab itu, manusia ini lahir-lahir saja tidak terus ke alam remaja atau alam tuanya.
Tetapi ini bukan pula bererti yang ALLAH tidak boleh berbuat demikian. Boleh
ALLAH jadikan manusia ini dalam sekelip mata menjadi seorang bujang yang
lengkap sifat-sifatnya; ada janggut, ada misai, ada ilmu, badan kuat dan sihat
hingga terus boleh berjuang dan berjihad.
3. Dalil
Naqli Sifat Ilmu
Dan seterusnya, cuba kita perhatikan
pula dalil naqli yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT bersifat Ilmu. Ia terkandung
di dalam surah Az Zumar:
“ALLAH SWT yang mengetahui akan
perkara-perkara yang ghaib-ghaib dan perkara yang tiada ghaib (yang nyata)”. (AZ Zumar: 46)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa
ALLAH itu bersifat Ilmu atau bersifat mengetahui. ALLAH sendiri yang telah
membuat pengakuan ini. Oleh itu wajiblah kita mempercayainya serta meyakininya
sungguh-sungguh.
ALLAH
telah menyatakan dengan tegas tentang sifat ilmu-Nya atau sifat mengetahui-Nya
terhadap perkara-perkara yang ghaib ataupun terhadap perkara-perkara yang
nyata. Tidak ada suatu perkara pun terlindung daripada pengetahuan ALLAH,
melainkan semua diketahui oleh ALLAH. Begitu luas sekali pengetahuan ALLAH.
Sebab itulah ALLAH berfirman:
“Tuhan yang amat mengetahui segala
perkara yang ghaib, tidak terlindung daripada ilmu-Nya sekecil-kecil barang
yang sebesar zarah pun yang ada di langit dan demikian juga tidak terlindung
segala perkara yang ada di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari zarah itu
dan tidak ada yang lebih besar daripadanya melainkan ada nyata tersebut di
dalam kitab (iaitu Luh Mahfuz)”.
(Saba': 3)
Oleh
itu, perlu kita ingat bahawa sifat mengetahui bagi ALLAH SWT adalah meliputi
segala-galanya, sama ada pada perkara yang terang dan nyata ataupun pada
perkara-perkara yang tersembunyi. Hatta lintasan hati manusia atau
anganangannya pun ALLAH tetap mengetahuinya. Segala turun naik nafas kita pun
ALLAH mengetahuinya.
Jadi, dengan pernyataan ayat di atas,
sepatutnya keyakinan kita bahawa wajib ALLAH bersifat mengetahui hendaklah
menjadi lebih kukuh dan padu. Dengan itu, akan timbullah perasaan takut dan
gentar di dalam hati kita untuk melakukan sebarang kesalahan. Kerana setiap
perkara yang kita buat, sama ada terang-terang atau bersembunyi-sembunyi,ALLAH
pasti mengetahuinya.
4. Dalil
Naqli Sifat Hayat
Dan
akhimya, dalil naqli yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat Hayat
atau hidup terkandung di dalam ayat:
“Dan hendaklah kamu berserah kepada
Tuhanmu yang hidup yang tiada mati”.
(Al Furqan: 58)
Dengan pemyataan dari ALLAH SWT ini,
maka bertambah lagilah keyakinan kita bahawa sesungguhnya ALLAH SWT bersifat
Hayat.
Perlu kita ingat dan ketahui bahawa
hidupnya ALLAH tidak seperti hidupnya makhluk yang perlu kepada nyawa dan
bemafas dengan menggunakan alat-alat atau anggota-anggota. ALLAH tidak
demikian, malah hidup ALLAH SWT tidak terjadi dari empat unsur yang lazim
berlaku pada makhluk untuk hidup iaitu tanah, air, api dan angin. Kemudian
hidup ALLAH pula tidak memerlu kepada makan dan minum.
Dengan ini, keempat-empat sifat yang
wajib bagi ALLAH SWT iaitu sifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat telah dapat
kita bahaskan melalui kedua-dua dalil aqli dan naqli. Dari situ, jelaslah
bahawa ALLAH SWT wajib bersifat dengan sifat-sifat tersebut.
Makalah Iman Kepada Allah
4/
5
Oleh
Azhar